Wednesday, January 13, 2010

PINJAMAN PERIBADI

Salam kepada pembaca blog.

Saya lihat ramai kawan2 saya yang membuat pinjaman peribadi di bank2 tertentu untuk menutup hutangnya dengan bank2 lama atau dalam bahasa mudahnya 'overlap' tanpa membuat kajian terperinci, dengan mengikut kawan2 dan nasihat daripada pemberi pinjam.

Saya juga telah dimaklumkan oleh rakan2, sekiranya kita meminjam lebih dari satu bank, contohnya 3 bank berlainan dengan kadar interest yang berbeza-beza, lebih baik kita satukan dan mendapat interest lebih rendah. Contohnya :

Pinjam di Bank Rakyat : RM 30,000.00 interest 5.5%
Pinjam di BSN : RM 10,000.00 interest 4.00%
Pinjam di CIMB Bank : RM 15,000.00 interest 4.5%

Pengiraan kawan2 saya ialah dengan mencampurkan 5.5% + 4.00% + 4.5%, so jumlahnya 14%. Kan lebih baik kita pinjam di satu bank dengan kadar faedah cuma 5.00% setahun, tidak 14%.

Begitu lah dari mulut ke mulut, habis satu ofis saya lebih dari 10 orang yang membuat tindakan mencantumkan semua hutang2 mereka untuk mendapat interest yang rendah iaitu 5.00% setahun, bukan 14% setahun, untuk menutup hutang2 mereka di bank2 lain.

Hahaha...

Saya balik kerumah dan dengan bodohnya membuat pengiraan sendiri sebelum membuat keputusan. Saya bukan kata saya pandai, tapi pembaca blog boleh mengira sendiri, benarkah pengiraan di atas??

Setelah mengira, saya membatalkan niat saya untuk membuat personal loan untuk menutup hutang saya dibank2 lain.

Itulah orang melayu kita, main hentam saja, tak tau tentang kewangan, memandai buat andaian, dan kemudian diri sendiri pun  masih tak tau mereka masih untung atau masih rugi.

Setelah pengiraan dibuat, saya dapati kawan saya tu akan kerugian RM54,000.00. Huiiyooo!! sungguh dasyat... memang benar...dan lain2 tu pun rugi banyak... tapi mereka masih yakin bahawa mereka masih untung berdasarkan pengiraan matematik mereka....campur..campur...campur..bahagi....oooo...masih untung sebab tiap2 bulan masih ada gaji...

adios!!!

saya lupa : ofis saya merupakan ofis kedua tertinggi yang membuat perkara2 macamni, termasuklah staf, penolong pegawai dan pegawai...huhu...no komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...