Saturday, March 28, 2009

Cerita Politik


Orang Kita Lebih Suka Berbicara Politik Dan Dunia Luar

Sewaktu saya dikampong, saya selalu tolong Abah saya berniaga, yer la, Abah saya ade warong kopi, tak la besar sangat, tapi kire ok la untuk menambah pendapatan selain hasil sawit, maklumla orang FELDA. Sehinggalah saya sambung belajar dan tamat belajar, bila saya ada cuti dan kelapangan jer, mesti tolong tarik teh kat warong, kalau kawan2 nak tau, warong abah saya namanya ‘SIMPANG KALID’ sempena nama Abah saya yang dah meniaga hampir 20 tahun di situ.

Dan yang paling special, MEE BANDONG, hehe... aduh!! Lamanyer tak makan mee bandong...

O.k. Jom teruskan topic kita lagi. Dan macam biasela, kaki2 lepak dan kaki2 sembang kat warong ni bercerita memang gempak giler, cakap jer topik aper, semua ada, ekonomi, politik, PRU12, 13, Pak Lah, KJ, menantu, Najib, Presiden, Perhimpunan Agong UMNO, rasuah, Anwar, PKR, Nik Aziz, PAS, Palestin, Israil, huh!! Pendek kate, semuanya ada dan tau.

Dan bila dah bersembang tu, kalau tak pekene teh tarik secawan atau kopi, memang tak sah, tambah lagi mee bandong, huhu.., total2 tak sampai RM4.00 lagi (sempat lagi aku ni promote warong bapak aku, hehe)

Tapi rupenyer sembang2 politk dan dunia luar ni memang kat maner2 ade, sampai la ke Universiti, Starbuck, KFC, Mcd, dalam tandas, kaki lima, kedai gunting rambut, bilik meting, maner lagi ekk, senang kate kat maner2 la. Dan kebanyakannya hebat2, ade yang dapat sumber dari surat khabar, internet, kawan2 dan kroni2, orang dalam, orang...ntah aku pun tak tau ape lagi nak sebut... memang HEBAT2 la senang kata, dan kebanyakkannya orang yang cakap macamni kebanyakkan orang2 kita, kononnya nak up to date la, nak tau perkembangan semasa la, tak nak jadi katak bawah tempurung la.... dan macam2 lagi.

Tapi ade jugak orang lain yang macamni ‘ooo... wa tak tau mei, wa hali2 meniage ajer, tau tengok itu ikan boleh jual lagi ke tak boley....tengok itu Ali tukar tayar tadi sudah botak, wa ingat mau korek, mau jual lagi, boleh dapat RM30/RM40 ok la...’ 

Waa... rupenyer2 orang kita yang nak rak bercerita tadi, dah tambah sampai 3 gelas air, dah kene sampai RM40 (yerla, blanjer kawan sebab kawan2 sokong ape yang die cakap), dapat aper??

Yang pertama, dapat KENYANG, yang kedua, dapat PUAS BERCERITA dan PENAT, yang ketiga, dapat BAGITAU KAWAN2 yang kononnya die kenal dengan kroni2 tertentu, dan yang keempat dapat RAMAI KAWAN, sebab kawan2 dapat minum FREE.

Yang orang2 yang pandai berniaga macam kat atas tu, tanpa perlu bercerita sampai kering air liur, dapat apa pulak, yang pertama, dapat UNTUNG, yang kedua, DAPAT JUAL apa yang orang lain dah tak mau pakai, dan yang ketiga, dapat pulak DUIT dari orang yang hanya pandai bercakap jer tapi tak buat.

Kesimpulannya, kita ni nak jadi golongan yang macammaner??

p/s: Bagi mereka yang bersembang dan bercerita tentang PERNIAGAAN, berusaha ke arah KEJAYAAN, dan BERTINDAK untuk mencapai kejayaan, teruskan usaha murni anda, saya menyokong sepenuhnya...

adios... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...