Teknik Menunggang Motosikal
''Antara Keberanian dan Kecekapan''
Ramai orang yang tidak tahu bahawa apabila menunggang motosikal, terdapat 2 elemen penting yang perlu ada dalam diri iaitu keberanian dan kecekapan.
Jika kita membawa motosikal pada kelajuan 150km/j dan ke atas, bermakna kita seorang yang berani membawa motosikal dengan kelajuan yang tinggi, namun apabila tiba diselekoh2 merbahaya, kita memerlukan kecekapan dalam mengambil corner2 tersebut, barulah tmpt pijak kaki kita boleh mencecah di jalan raya.
Jika kita hanya ada keberanian sahaja tanpa kecekapan, tentu kita akan menjadi 'arwah' apabila mengambil selekoh2 tajam dan merbahaya itu.
Selain dari itu juga, apabila kita hendak memotong diselekoh2 merbahaya, kita tidak boleh hanya mengatakan 'oh!! ni boleh lepas ni' sebab kita terlalu berani, sebenarnya kita silap, kita perlu mengatakan dalam diri 'boleh lepas ke tak ni, mungkin kat depan ada kereta lagi', so jangan memotong jika kita hanya ada keberanian tapi tidak ada kecekapan.
Aku melihat kebanyakkan mat-mat rempit mempunyai 2 elemen penting ni, iaitu keberanian dan kecekapan, sebab itu mereka berani mencilok, willi sambil berdiri, wekang, menentang arus dan macam2 gaya lagi walaupun sebahagian mat2 rempit ini tewas dijalan raya, tetapi ada juga yang tetap menjadi juara di jalan raya.
Oleh itu, ingat!! jika anda menunggang motosikal dijalan raya, pastikan 2 elemen penting ini tersemat di dalam jiwa anda iaitu 'keberanian dan kecekapan', jika tidak anda akan menjadi arwah di jalan raya.
2 comments :
Kalau aku blh tambah 1 lagi elemen selain keberanian dan kecekapan iaitu keyakinan.Stakat brani dgn cekap je tp tak yakin susah woo...Jiwe tak kental.....
P/S :"arwah" tu dulu baik orangnye.....he.he.he.
Yup...elemen keyakinan akan datang bila keberanian dan kecekapan di gabungkan bersama.
Post a Comment