Monday, June 29, 2009

RAHSIA UNTUK KEKAL BERJAYA

Aku masih ingat pesan kawan aku ketika aku masih belajar. Katanya 'Jika aku menjadi seekor burung, janganlah jadi seekor burung yang terbang tinggi, tapi cepat jatuh ke tanah, TAPI jadilah seekor burung yang terbang rendah, tapi ke merata tempat'

Tapi...apa kaitan diantara kehidupan kita dan perumpamaan di atas.

Sebenarnya, ketika kita sedang berusaha mencapai kejayaan, banyak usaha2 yang telah kita lakukan untuk memastikan impian kita tercapai. Kebanyakan dari kita akan menggunakan pelbagai2 cara untuk memastikan impian kita itu tercapai dalam masa yang singkat.

Untuk mencapai kejayaan tersebut, kadang2 usaha yang kita lakukan adalah tidak bertepatan dengan hukum islam, sebagai contoh kita menggunakan kaedah mombodek, mencantas rezeki orang, menyalahgunakan kuasa, menggunakan wang untuk membeli kuasa, menggunakan khidmat bomoh dan pelbagai2 kaedah lagi untuk memastikan kejayaan kita tercapai dalam masa yang singkat.

Dan apabila kita telah mencapai kejayaan kita tadi, kita mudah pula terjatuh semula ke bawah kerana kita mengamalkan apa yang disebut tadi, menggunakan kaedah yang bercanggah dengan hukum islam, dan terdapat sifat tamak dalam mengejar kejayaan kita tadi, dan akhirnya sprti senjata memakan tuan, kita jatuh semula, kita membodek, akhirnya kawan2 pun lari, kita tutup rezki orang, lama2 Allah pula yang tutup rezeki kita, kita menyalahgunakan kuasa, lama2 ditangkap, kita menggunakan wang untuk membeli kuasa, lama2 orang menyampah dan tidak respek kepada kita.

Sebenarnya, untuk mencapai kejayaan yang kekal, ianya memerlukan kesabaran, komitmen yang tinggi, usaha yang berterusan, doa yang berpanjangan, dan sikap yang sentiasa positif dan mengamalkan nilai2 kesejahteraan dalam masyarakat. Kita perlu mulakan sedikit demi sedikit, dari bawah ke atas, menilai dan peka terhadap persekitaran, maka dengan itu, apabila kita mencapai kejayaan, barulah kejayaan itu kekal milik kita.

Jangan sesekali mengamalkan sikap2 yang tidak baik dlm mengejar kejayaan kita. Walaupun kita terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, namun cekalkan hati, buatlah dengan ikhlas, insyaAllah kejayaan tetap milik kita selamanya.

Itulah serba sedikit berkaitan burung yang terbang rendah, tapi ke merata tempat, 'banyak pengalaman, luas pemandangan, dan terbang dengan penuh keamanan...'

3 comments :

  1. dato-83 said...

    Hidup ini umpama roda...terkadang kite kat atas tapi selalunye kite kat bawah...kejayaan sesuatu yg indah sampai buat kite lupe kegagalan yg lepas...

    Moral of the "perumpamaan".....Manusie ade satu sifat.Name die "PELUPE"...bile die ingat semule,segalanye dah terlambat...Itulah manusie....Sentiase leka dan perlu di sedarkan.

  2. Skudai Apartment Homestay said...

    To dato-83

    Betul ker Melayu Mudah Lupa??

  3. dato-83 said...

    eeerrr.....tengok mase,situasi,keadaan dan tempat...hehheheheh.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...